31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Muzium 3D Kertih rakan strategik terbaharu Kerteh FC

Mesti Baca

KEMAMAN – Juara Liga Amatur Terengganu (TAL), Kerteh FC hari ini mengumumkan Muzium 3D Kertih sebagai rakan strategik terbaharu kelab itu bagi musim 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh FC, Syed Khairi Amier berkata, menerusi kerjasama yang terjalin tersebut, kedua-dua pihak dapat membantu mengembangkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, Muzium 3D Kertih merupakan galeri seni dan ilusi 3D pertama di negeri Terengganu dan terbesar di Pantai Timur dan menjadi kebanggaan masyarakat tempatan.

Pada masa yang sama, menurutnya, Kerteh FC pula adalah kelab bola sepak yang semakin mendapat perhatian bukan sahaja di peringkat tempatan malah kini dikenali di luar negara.

“Melalui kesepakatan ini, Kerteh FC akan menggunakan rangkaian yang ada untuk membantu mempromosikan Muzium 3D Kertih.

“Kami mempunyai misi yang sama iaitu untuk menjadikan daerah Kemaman amnya, dan Kertih khasnya sebagai destinasi pelancongan. Apabila kompleks sukan kami siap kelak akan menjadi daya penarik bagi pelancongan sukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Khairi Amier berkata, melalui kerjasama itu, logo Muzium 3D Kertih akan dilekatkan pada jersi latihan Kerteh FC dan kelab itu akan mempromosikan muzium tersebut dalam bahan-bahan kempen dan promosinya termasuk jualan tiket masuk galeri.

Manakala Muzium 3D Kertih pula turut mempromosikan Kerteh FC di galeri
muziumnya serta menerusi bahan-bahan kempen dan promosi.

Advertisements

Di samping itu, Muzium 3D Kertih juga akan ejen jualan yang sah bagi barangan keluaran Kerteh FC.

“Sebagai kelab bola sepak komuniti di Kertih, kami berbangga dapat
membawa bersama Muzium 3D Kertih untuk diperkenalkan di peringkat tempatan dan antarabangsa,” kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Urusan Serata Cakra Resources, selaku pengusaha Muzium 3D Kertih berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana Kerteh FC sedia menjalinkan kerjasama itu dengan pihaknya.

Ini kerana, jelas beliau, Kerteh FC merupakan jenama yang semakin membesar dan mendapat perhatian peminat-peminat bola sepak tempatan.

“Diharapkan dengan kerjasama ini dapat membantu mempromosikan Muzium 3D Kertih dan menarik pengunjung ke muzium kami apatah lagi nama Kerteh FC turut dikenali di beberapa negeri di Eropah dan Australia,” katanya.

Mengenai persiapan musim 2021, Syed Khairi Amier ketika dihubungi Edisi 9 berkata, pasukannya kita telah memulakan latihan walaupun M4 Liga Malaysia masih belum pasti sama ada diteruskan atau sebaliknya.

Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum memutuskan kedudukan liga-liga lain selain Liga Super, Liga Perdana sudah dimulakan manakala Piala FA pula ditiadakan.

“Walaupun kedudukan liga belum diketahui tapi kami perlu mulakan program latihan kami. Pada masa sama, pemilihan bagi pasukan remaja dan sekolah bola sepak kami juga sudah dimulakan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan