Sunday, July 19, 2026

Khabar angin dilantik sebagai menteri, ini respon Mufti Perlis

Dakwaan pihak berkenaan, pelantikan Mohd Asri itu dikatakan bagi melawan naratif agama yang sering dibawa oleh Pas.

Mesti Baca

HUJAN tidak ribut pun tidak tiba-tiba nama Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dipetik kononnya bakal dilantik sebagai menteri dalam rombakan Kabinet yang dijangka pada bulan depan.

Nama Mohd Asri atau lebih terkenal sebagai Dr MAZA itu didakwa akan dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu.

Dakwaan pihak berkenaan, pelantikan Mohd Asri itu dikatakan bagi melawan naratif agama yang sering dibawa oleh Pas.

Menanggapi khabar angin tersebut, beliau secara bersahaja berkata: “Kenapa tak cakap ‘akan jadi Timbalan Perdana Menteri’. Baru sakan sikit…”

Maklum balas itu diberikan Mohd Asri menerusi Facebook beliau, Dr MAZA Channel hari ini.

Selain Mohd Asri, pihak berkenaan juga memetik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Ekonomi yang baharu.

Manakala tempat Amirudin akan diambil alih oleh Timbalan Presiden PKR yang juga anak kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar.

Jika benar dakwaan tersebut, bermakna satu pilihan raya kecil perlu diadakan di Selangor bagi membolehkan Nurul Izzah bertanding dan mempunyai kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri.

Isu rombakan Kabinet hangat diperkatakan pada masa kini memandangkan terdapat beberapa kekosongan menteri dalam beberapa kementerian ekoran peletakan jawatan.

Manakala beberapa menteri lagi akan menamatkan tempoh sebagai Senator, sekali gus bakal mengosongkan jawatan dalam Kabinet menjelang akhir tahun ini.

Antara kementeriam yang ‘kosong’ ialah Kementerian Ekonomi ekoran peletakan jawatan Datuk Rafizi Ramli; Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (Nik Nazmi Nik Ahmad) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Datuk Ewon Benedict).

Manakala dua menteri Kabinet bertaraf Senator masing-masing Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bakal menamatkan tempoh dua penggal pada Disember ini.

Semalam, Amirudin berkata, beliau telah mencadangkan agar Nurul Izzah dilantik menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Kenyataan beliau itu dibuat dalam program audio siar Keluar Sekejap yang dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan.

Sebelum ini nama Khairy juga dipetik konon akan dilantik sebagai menteri Kabinet dalam rombakan yang bakal dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Edisi 9

Terkini

Layan ‘final’ Piala Dunia dan Semarak Subuh bersama TPM

PASUKAN mana pilihan anda dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026, awal pagi ini? Sepanyol atau Argentina? Para peminat bola sepak,...

Lagi Artikel Berkaitan