Sunday, July 19, 2026

Kabinet: Jangan pandang ‘enteng’ sentimen rakyat – Asyraf Wajdi

Antara sentimen yang kuat berlegar dalam media sosial ialah berhubung pelantikan menteri dan timbalan menteri berbangsa Cina sebagai menteri Wilayah Persekutuan.

Mesti Baca

SENTIMEN rakyat berhubung lantikan Kabinet susulan rombakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tidak boleh dipandang remeh.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebaliknya berkata, ia perlu ditangani secara bijaksana.

Beliau berkata, antara sentimen yang kuat berlegar dalam media sosial ialah berhubung pelantikan menteri dan timbalan menteri berbangsa Cina sebagai menteri Wilayah Persekutuan.

“Kenapa menteri Wilayah Persekutuan dilantik seorang berbangsa Cina DAP dan timbalan menteri juga daripada seorang berbangsa Cina GRS?

“Apakah nasib Bumiputera bandar? Apakah ini permulaan untuk pilihan raya kerajaan tempatan diadakan?,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Selain itu kementerian Wilayah Persekutuan, rakyat juga bercakap soal pelantikan seorang personaliti yang penuh kontroversi sebagai timbalan menteri agama.

Antaranya isu dibangkitkan warganet ialah berhubung sumbangan untuk Allahyarham Zara Qairina, tentang hantaran dalam media sosial terkait hutang penipuan emas sebanyak RM14 juta dan juga mengenai isu amalan doa dan ibadah.

Asyraf Wajdi berkata, persoalan turut timbul dalam kalangan rakyat berhubung perlantikan sosok aktivis PKR sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Katanya, apakah sosok tersebut sebelum ini paling lantang menuntut Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasionap (PTPTN) dimansuhkan pada zaman Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dahulu mampu merealisasikan agenda tersebut? 

“Ini hanyalah sebahagian daripada sentimen yang kuat berlegar di ruangan media sosial sejak pengumuman semalam. 

“Sentimen sebegini tidak boleh dipandang enteng dan perlu ditangani secara bijaksana,” kata beliau.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi menjelaskan bahawa berdasarkan komposisi kaum, menteri dari kaum Melayu masih mendominasi Kabinet Kerajaan Madani.

Ini dapat dilihat apabila terdapat 17 orang menteri dalam kalangan orang Melayu, Cina lima orang, India (dua), Bumiputera Sarawak (lima) dan Bumiputera Sabah seramai tiga orang dilantik.

Untuk timbalan menteri pula, 10 daripadanya adalah orang Melayu, Cina (lima), India (dua), Bumiputera Sarawak (tujuh) dan Bumiputera Sabah enam orang.

Dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam, Hannah Yeoh dan Datuk Lo Pu Fui masing-masing dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Manakala bagi Dr Zulkifli Hassan pula dinaikkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sementara pendakwah bebas, Marhamah Rosli sebagai timbalan beliau.

Bagi Kementerian Pendidikan Tinggi pula, Adam Adli Abd Halim dilantik sebagai Timbalan Menteri bergandingan dengan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang kekal sebagai Menteri. — Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan