Thursday, June 4, 2026

MCMC menang saman fitnah terhadap Murray Hunter

Hunter telah didapati menerbitkan beberapa siri artikel yang mengandungi kenyataan palsu dan berunsur fitnah terhadapnya antara April dan November tahun lalu.

Mesti Baca

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya dalam saman fitnah yang dikenakan ke atas seorang penulis bebas, Murray Victor Hunter.

Ini selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam memutuskan individu tersebut bersalah kerana menerbitkan kenyataan palsu dan berunsur fitnah terhadap suruhanjaya tersebut.

Menurut MCMC, Hunter telah didapati menerbitkan beberapa siri artikel yang mengandungi kenyataan palsu dan berunsur fitnah terhadapnya antara April dan November tahun lalu.

Katanya, penerbitan itu membawa tuduhan serius dan tidak berasas yang telah mengelirukan orang awam serta merosakkan reputasi MCMC.

“Keputusan mahkamah ini mengesahkan bahawa walaupun individu bebas menyuarakan pendapat mereka, kebebasan tersebut mesti diamalkan dengan bertanggungjawab dan dalam batas undang-undang. 

“Hak bersuara tidak meliputi perbuatan membuat kenyataan palsu, berniat jahat, atau berunsur fitnah yang menjejaskan reputasi pihak lain,” kata kenyataan MCMC hari ini.

Oleh itu, MCMC telah memulakan tindakan undang-undang tersebut untuk melindungi reputasi institusinya.

Selain itu,  ia juga bagi menegakkan prinsip kebertanggungjawaban, integriti dan komunikasi yang bertanggungjawab dalam ekosistem digital.

Sebelum ini, laporan polis dibuat di Malaysia dan Thailand pada April dan Jun 2024 berhubung penerbitan Hunter yang berkaitan dengan institusi Malaysia, termasuk MCMC.

Menurut laporan media, Hunter yang juga warganegara Australia, menjalankan aktiviti penerbitan dari Thailand dengan kandungannya turut boleh diakses di dalam negara itu.

Penulis itu ditahan di Bangkok bulan lalu kerana gagal mematuhi saman dikeluarkan pihak berkuasa Thailand untuk membantu siasatan. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan