Wednesday, July 15, 2026

Kerangka peraturan ‘spam’, MCMC tunggu maklum balas awam

Semua pihak dijemput untuk meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan pandangan terhadap pendekatan kawal selia yang dicadangkan.

Mesti Baca

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan rundingan awam selama dua minggu mulai hari ini berkenaan cadangan kerangk peraturan bagi Pesanan Elektronik Komersial Tidak Diingini (UCEM), yang lazimnya dikenali sebagai ’spam’.

MCMC berkata, ia selaras dengan Seksyen 233A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang diperkenalkan melalui pindaan perundangan yang diwartakan pada Februari lalu.

Katanya, kerangka peraturan itu bertujuan memperkukuh perlindungan pengguna, menggalakkan amalan pemasaran digital yang bertanggungjawab serta memupuk ekosistem digital yang lebih selamat dan dipercayai. 

“Selaras dengan peruntukan baharu ini, MCMC sedang merangka perundangan subsidiari bagi mewujudkan struktur kawal selia yang jelas, utuh dan berkesan untuk menangani peningkatan penghantaran UCEM,” kata kenyataan MCMC hari ini.

Suruhanjaya itu berkata, rundingan awam tersebut mengundang maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk pemain industri, pertubuhan masyarakat sivil, kumpulan pengguna, pembuat dasar, dan orang awam. 

“Semua pihak dijemput untuk meneliti dokumen rundingan dan mengemukakan pandangan terhadap pendekatan kawal selia yang dicadangkan,” katanya.

MCMC mengalu-alukan input daripada semua pihak yang berminat sepanjang tempoh rundingan yang berlangsung dari 13 Ogos hingga 5:00 petang, 27 Ogos. 

Inisiatif ini mencerminkan komitmen MCMC terhadap proses pembentukan dasar yang telus, inklusif, konsultatif, dan berasaskan bukti.

Untuk maklumat lanjut dan mengakses dokumen rundingan boleh diperoleh menerusi pautan ini. — Edisi9

Terkini

Shabery Cheek tamat perkhidmatan sebagai Pengerusi FELDA

LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memaklumkan bahawa tempoh perkhidmatan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA telah berakhir...

Lagi Artikel Berkaitan