Friday, June 5, 2026

Masters Malaysia: Dua beregu lelaki negara bertemu di ‘final’

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencipta kemenangan sensasi menewaskan pasangan No. 1 dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen di separuh akhir.

Mesti Baca

DUA beregu lelaki utama negara mencipta sejarah dalam kejohanan badminton Masters Malaysia apabila bertemu sesama sendiri pada perlawanan akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil esok.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencipta kemenangan sensasi menewaskan pasangan No. 1 dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dengan 21-19, 17-21, 21-15 dalam masa 1 jam 3 minit.

Dengan sorakan padu penonton yang memenuhi stadium, Aaron-Wooi Yik berjaya menidakkan peluang pasangan Denmark itu untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu.

Pilihan ketiga kejohanan itu akan bertemu Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang terlebih dahulu menempat tempat ke perlawanan akhir selepas menundukkan pasangan Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-12, 21-14.

Kali terakhir beregu lelaki negara muncul juara pada Masters Malaysia 2013 menerusi Goh V Shem-Lim Khim Wah.

Sementara itu, harapan untuk menyaksikan pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah ke perlawanan akhir tidak kesampaian apabila mereka tunduk kepada pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Fan.

Pilihan pertama kejohanan itu tewas dengan 16-21, 21-15, 14-21 dalam masa 1 jam 15 minit. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan