Friday, June 5, 2026

Masters Malaysia: Empat beregu negara ke suku akhir

Tiga beregu lelaki dan satu beregu wanita berjaya meneruskan cabaran negara dalam kejohanan Siri Super 500 tersebut.

Mesti Baca

EMPAT beregu negara menceriakan para penyokong yang memenuhi Axiata Arena, Bukit Jalil apabila mara ke peringkat suku akhir kejohanan badminton Masters Malaysia 2025 hari ini.

Juara Masters Thailand minggu lalu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan banyak masalah ketika menyingkirkan pasangan Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han 21-13, 21-15 dalam masa 39 minit.

Lawan Aaron Chin-Wooi Yik di peringkat suku akhir esok ialah lawan yang dikalahkannya di ‘final’ Masters Thailand minggu lalu, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Pasangan Denmark itu hampir dikejutkan oleh beregu muda negara Kang Khai Xing-Aaron Tai yang memberi tentangan sengit sebelum mereka menang 21-10, 24-26, 21-16.

Turut mengiringi beregu ranking ketiga dunia itu dua lagi beregu lelaki masing-masing Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee.

Ng Tze Yong disahkan mengalami kecederaan lutut ketika beraksi pada perlawanan pembukaan kelmarin.

Sze Fei-Nur Izzudin mudah menewaskan satu lagi pasangan Taiwan Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh 21-19, 21-13 dalam masa 30 minit.

Manakala Man Wei Chong-Kai Wun Tee pula mengetepikan Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita dari Jepun juga dengan ‘straight-set’ 21-17, 21-13 dalam masa 32 minit.

Bagaimanapun di peringkat suku akhir esok, Sze Fei-Nur Izzuddin dan Wei Chong-Wun Tee terpaksa bertemu sesama sendiri untuk mencari satu pasangan ke peringkat separuh akhir.

Kem negara menambah keceriaan apabila juara Masters Thailand minggu lalu, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya menyingkirkan Pichamon Phatcharaphisutsin-Nannapas Sukklad 21-13, 21-15.

Pearly-Thinaah yang juga pilihan ketiga kejohanan mengambil masa 32 minit untuk menamatkan perjalanan pasangan Thailand tersebut dan akan bertemu pasangan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi esok.

Sementara itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa berehat sekurang-kurangnya dua minggu akibat kecederaan lulut.

Dia menarik diri di pertengahan perlawanan ketika bertemu pemain ke-21 dunia dari Hong Kong, Ng Ka Long di perlawanan peringkat permbukaan Masters Malaysia kelmarin akibat ketidakselesaan pada lutut.

“Hasil pemeriksaan perubatan mengesahkan bahawa beliau mengalami kecederaan regangan pada lutut dan akan direhatkan sekurang-kurangnya selama dua minggu, tertakluk kepada penilaian lanjut,” kata BAM dalam kenyataan. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan