Wednesday, July 22, 2026

Bicara Diplomasi Budaya kukuhkan hubungan Malaysia-Jepun

Memberi fokus kepada peranan diplomasi budaya dalam mempromosikan keunikan warisan kebudayaan negara ke peringkat antarabangsa serta memperkukuh jaringan kerjasama global.

Mesti Baca

HUBUNGAN dua hala antara Malaysia dan Jepun terus diperkukuh menerusi penganjuran program Bicara Diplomasi Budaya 2025 yang berlangsung di Dewan Azman Hashim, Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur hari ini.

Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM Kuala Lumpur dan Japan Foundation Kuala Lumpur itu menjadi platform perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang seni, budaya serta warisan antara kedua-dua negara.

Bertemakan Malaysia and Japan – Exploring Cultural Diplomacy and Diversity, program tersebut memberi fokus kepada peranan diplomasi budaya dalam mempromosikan keunikan warisan kebudayaan negara ke peringkat antarabangsa serta memperkukuh jaringan kerjasama global.

Antara panel yang dijemput ialah Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun di Malaysia, Matsuo Keigo yang membentangkan tajuk Cultural Diplomacy in Action: Japan – Malaysia Relations & The Spirit of the Look East Policy, dan Pengarah Japan Foundation Kuala Lumpur, Tsukamoto Norihisa yang menyampaikan pembentangan bertajuk Overview of the Japan Foundation’s Activities in Malaysia.

Turut serta, Dekan MJIIT UTM, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Nurul Akmar Abu Husain yang membincangkan tajuk Integrating Japanese-Style Engineering Education with Malaysian Cultural Distinctiveness: The MJIIT Experience.

Persembahan gamelan yang turut disertai para pelajar Jepun.

Manakala Ketua Pusat Bahasa dan Budaya Jepun di MJIIT, Hasparina Abdul Ghafar bertindak sebagai moderator program.

Ketua Pengarah JKKN, Mohd Amran Mohd Haris berkata, penganjuran program seumpama itu merupakan antara inisiatif Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam memperkukuh hubungan Malaysia dan Jepun khususnya dalam aspek sosial serta kebudayaan.

Menurut beliau, hubungan antara kedua-dua negara yang telah terjalin sejak sekian lama diperkasa menerusi pelbagai inisiatif termasuk pendidikan bahasa Jepun, program kebudayaan tradisional dan kontemporari, pertukaran belia serta kolaborasi akademik dan penyelidikan.

“Diplomasi budaya menjadi medium penting dalam mewujudkan persefahaman dan kepercayaan antara masyarakat pelbagai negara.

“Malaysia dan Jepun telah lama berganding bahu dalam mempromosikan nilai budaya masing-masing, dan usaha ini akan terus diperkasa demi masa depan yang lebih inklusif dan sejahtera,” katanya. – Edisi 9

Related posts:

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan