AL-IKHSAN Sports, peruncit barangan sukan terbesar di Malaysia, melancarkan kempen nasional terbaharu bertemakan For Everyday Athletes bagi menyemarakkan dan mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan masyarakat.
Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Datuk Hishammudin Hasan berkata, gaya hidup aktif bukan sahaja kuatkan tubuh badan, malahan cerdaskan minda dan semangat dalaman.
“Kempen ini dekat di hati saya dan berbangga kerana Al-Ikhsan Sports telah lebih 30 tahun menjadi rakan setia kepada Everyday Athletes di seluruh negara,” katanya baru-baru ini.
Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Al-Ikhsan Sports memperkenalkan konsep kedai generasi baharu di Elmina Lakeside Mall, Shah Alam.
Kedai generasi baharu ini menampilkan rekaan moden, pelbagai pilihan produk tempatan dan antarabangsa, serta aktiviti komuniti yang relevan dengan gaya hidup aktif.
Cawangan ini merupakan yang pertama dalam siri kedai generasi baharu, diikuti oleh cawangan di AEON Shah Alam, Ipoh Parade, dan Mayang Mall.
“Kempen For Everyday Athletes juga merangkumi beberapa inisiatif utama, termasuk pelancaran Program Keahlian Eksklusif Al-Ikhsan Sports pada Jun 2025, ganjaran aktiviti kecergasan untuk menggalakkan gaya hidup aktif, dan program komuniti yang menghubungkan rakyat melalui aktiviti sihat dan bertenaga,” katanya.
Sejak penubuhannya pada tahun 1993 di Johor Bahru, Al-Ikhsan Sports telah berkembang kepada 187 cawangan fizikal dan tiga platform digital di seluruh Semenanjung Malaysia, menjadikannya peruncit barangan sukan terbesar di negara ini.
Kempen ini memperkukuh lagi peranan jenama tempatan ini dalam menyokong perjalanan sukan rakyat Malaysia daripada akar umbi hingga ke pentas profesional.
Orang ramai dijemput untuk menyertai kempen ini dan mengikuti perkembangan lanjut melalui media sosial dengan tanda pagar rasmi #4EverydayAthletes dan #alikhsanSPORTS, atau melayari laman web rasmi di www.al-ikhsan.com. – Edisi 9

