Friday, June 5, 2026

Berbelanja di CapitaLand sambil rebut hadiah lebih RM400,000

Hadiah menarik termasuk sebuah EV baharu Smart #1 Premium dan ganjaran eksklusif daripada jenama terkemuka.

Mesti Baca

CAPITALAND telah melancarkan Kempen Shop SMART Win Smart dengan kerjasama PRO-NET, menawarkan peluang untuk pelanggan memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM400,000 termasuk sebuah EV baharu Smart #1 Premium dan ganjaran eksklusif daripada jenama terkemuka.

Kempen yang berlangsung di enam pusat beli-belah CapitaLand di seluruh negara itu bermula dari sekarang sehingga 31 Oktober 2025 itu merupakan peraduan pengguna terbesar CapitaLand di Malaysia setakat ini.

Pengarah Urusan, Retail Malaysia, CapitaLand Investment, Selina Ng berkata, kempen tersebut adalah kesinambungan kempen Shop & Be Rewarded yang diadakan pada April 2024 hingga Februari lalu yang mendapat sambutan luar biasa.

Bagaimanapun, kata beliau, untuk kali ini pihaknya bekerjasama dengan PRO-NET bagi menawarkan ganjaran lebih hebat termasuk sebuah kereta EV Smart.

“Ini merupakan peraduan terbesar CapitaLand di Malaysia dan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang terus memilih pusat beli-belah kami sebagai destinasi membeli-belah dan gaya hidup pilihan. 

“Kami komited untuk terus menyajikan ganjaran, tawaran dan pengalaman yang luar biasa bagi memastikan setiap lawatan ke pusat beli-belah CapitaLand benar-benar berbaloi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Mr. Zhang Qiang pula berkata, menerusi kerjasama dengan CapitaLand, anak syarikat Proton itu berpeluang untuk berhubung dengan lebih ramai rakyat Malaysia dan membolehkan mereka merasai sendiri pengalaman dengan Smart #1. 

“Perkongsian ini bukan sekadar menyediakan hadiah berbentuk kereta, tetapi juga untuk menggalakkan minat dan meningkatkan kesedaran mengenai mobiliti lestari. 

“Kami sangat teruja untuk memulakan perjalanan ini dan tidak sabar menanti detik meraikan momen indah bersama pemenang bertuah,” katanya.

Selain hadiah utama, pelanggan di Gurney Plaza dan Queensbay Mall di Pulau Pinang serta East Coast Mall di Kuantan, Pahang berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM140,000.

Hadiah menarik yang disediakan termasuk percutian untuk dua orang ke Borneo, iPhone 16 Pro, bagasi Samsonite 20”, peti sejuk LG side-by-side, vakum robot Xiaomi, set sofa Riron dan baucar beli-belah. 

Selina berkata, untuk melayakkan diri menyertai peraduan tersebut, pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM200 dalam satu resit.

Bagi pemegang kad UOB di Pulau Pinang pula boleh menikmati syarat pembelian minimum yang lebih rendah, iaitu hanya RM150, apabila mengemukakan slip pembayaran kad kredit atau debit bersama resit pembelian di Gurney Plaza dan Queensbay Mall.

“Di Lembah Klang pula, pelanggan di 3 Damansara, Melawati Mall dan The Mines juga boleh menyertai kempen ini. 

“Dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit, mereka layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadiah menarik bernilai hampir RM62,000, termasuk pakej percutian, Samsung Smart TV, Samsung Galaxy S25, iPad Air, Oppo Reno 13, LG TV, Dyson Hair Dryer, Blueair Air Purifier dan banyak lagi,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan