Friday, June 5, 2026

OMSMC sambut ulang tahun ke-10 dengan pengiktirafan MSQH

Mesti Baca

ORIENTAL Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) menyambut ulang tahunnya yang ke-10 dengan memperolehi akreditasi edisi keenam daripada Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) buat kali ketiga.

Ketua Pegawai Eksekutif OMSMC, Lee Soon Tech berkata, pencapaia itu sekali gus memperkukuh kecemerlangan hospital tersebut dalam menyediakan penjagan kesihatan yang berkualiti tinggi.

Beliau berkata, akreditasi itu merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen OMSMC dalam memastikan keselamatan pesakit, perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan kecemerlangan klinikal.

“Anugerah ini turut mengukuhkan kedudukan OMSMC sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang dipercayai dan bertaraf dunia dalam komuniti.

“Ia bukan sahaja menjadi bukti usaha gigih pasukan kami dalam mengekalkan standard penjagaan tertinggi, malah menjadi inspirasi untuk kami terus memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak ditubuhkan pada 2015, OMSMC telah menubuhkan makmal kateterisasi jantung sebelum menerima akreditasi penuh MSCH untuk tempoh empat tahun pada 2016 dan kemudian membuka wad pediatrik pada 2018.

Pada 2019, hospital tersebut memperkenalkan sistem skor amaran awal aitomatik untuk pemantauan pesakit manakala pada 2021 diwujudkan pusat dialisis bermula dengan enam katil kepada 12 katil setahun kemudian.

Soon Tech berkata, sepanjang 10 tahun lalu, OMSMC turut mencipta pelbagai pencapaian dalam bidang penjagaan kesihatan antaranya memberi rawatan kepada lebih 800,000 pesakit luar, merawat lebih 100,000 pesakit dalam, prosedur jantung lebih 4,000 kes dan menjalankan pembedahan kardiotorasik lebih 200 kes sejak 2019.

Hospital itu juga telah menyambut kelahiran lebih 7,000 bayi, melaksanakan lebih 20,000 prosedur endoskopi serta menjalankan lebih 8,000 pembedahan ortopedik.

“Sempena ulang tahun ke-10, OMSMC memperkenalkan motto baharu iaitu “Sepenuh Hati” yang mencerminkan komitmen teguh terhadap pesakit, inovasi dan kesejahteraan komuniti.

“Kami akan terus berkhidmat untuk masyarakat di Melaka dan kawasan sekelilingnya, di samping itu, setiap pesakit akan menerima penjagaan berkualiti sepenuh hati kami,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan