Tuesday, June 16, 2026

Spritzer So Tinge lancar kempen ‘So Tinge, So Mantap!’

Mesti Baca

SPRITZER So Tinge, soda yang menyegarkan melancarkan kempen So Tinge, So Mantap! bagi memperkenalkan pek dan botol baharu yang lebih mantap sebagai inspirasi kepada anak muda untuk kekal hidrat dalam segala cabaran. 

Sebagai sebahagian daripada pelancaran kempen, penstriman langsung oleh tiga penstriman permainan video terkenal iaitu Syarizzler, Rippo dan Khaleesi akan berlangsung dalam kejohanan komuniti Mobile Legends: Bang Bang.

“Syarizzler, Rippo dan Khaleesi akan memeriahkan kempen dengan sesi penstriman langsung yang penuh aksi dan hiburan.

Mereka akan bersiaran pada waktu yang telah dijadualkan, ditemani oleh Spritzer So Tinge – minuman soda yang menyegarkan dan berasa mantap untuk sepanjang sesi siaran LIVE strim,” kata kenyataan Spritzer hari ini. 

Apa yang lebih menarik, katanya, orang ramai berpeluang bermain bersama atau menentang penstriman kegemaran sambil merebut hadiah wang tunai bernilai RM10,000. 

Kenyataan itu berkata, untuk menyertai atau mengetahui maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh menyertai komunitinya di Discord (https://discord.com/invite/3aKKXHtMtt

“Kempen Spritzer So Tinge, So Mantap! dilancarkan untuk memperkenalkan pek label hitam dan botol baharu yang tampil lebih moden dan bergaya. 

“Kempen ini mengajak golongan muda untuk menikmati Spritzer So Tinge dan merasai semangat mantap yang dapat membantu mereka ketika berada dalam sesi permainan untuk kekal lebih segar dan produktif!,” katanya.

Bukan sekadar soda biasa, Spritzer So Tinge adalah soda yang lebih sihat kerana diperbuat daripada air mineral semulajadi Spritzer terutamanya silika yang penting untuk penghasilan kolagen bagi kesihatan tubuh secara menyeluruh, kulit yang lebih cantik dan sihat. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan