Monday, June 15, 2026

Ahli UMNO perlu perkasa usaha tangkis persepsi negatif – Zahid

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

AHLI-AHLI UMNO perlu memperkasa usaha untuk membina dan menangkis persepsi negatif terhadap parti dan kepimpinannya, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, dalam teknologi serba pantas dan pengaliran maklumat tanpa sempadan ini, kita terdedah kepada fitnah dan berita palsu di media sosial yang boleh membawa mudarat kepada negara dan masyarakat.

“Kita seharusnya lebih bijak untuk menyangkal persepsi yang dilontarkan dan bersama berusaha membendung serta mengatasi budaya yang tidak sihat ini,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk berkata, kehadiran ramai perwakilan dari cawangan-cawangan bahagian itu dapat memperkukuhkan kesatuan dalam mengangkat agenda parti.

Pada masa yang sama, mesyuarat itu juga dapat menyuntik kesefahaman terhadap isu-isu semasa serta merancang strategi yang baik untuk melakar lebih kejayaan buat UMNO Bahagian Bagan Datuk di masa akan datang.

Zahid Hamidi menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk.

“Perjuangan kita ini adalah perjuangan yang suci dan berharga.

“Marilah kita teruskan langkah, membulatkan tekad, dan menggandakan usaha untuk memastikan UMNO teguh dan kuat demi Malaysia yang lebih gemilang.

“Usaha kita hari ini adalah jaminan sebuah legasi perjuangan bangsa,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan