Tuesday, July 21, 2026

Operasi bersepadu DBKL: 338 kenderaan dikompaun, 8 ditunda

Mesti Baca

SEBANYAK 338 notis kompaun dikeluarkan kepada kenderaan manakala lapan lagi ditunda atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah lalu lintas 1959.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, ia hasil operasi bersepadu yang dilaksanakan bersama Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekitar Parlimen Bukit Bintang hari ini.

“Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak 338 notis kompaun telah dikeluarkan kepada kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah lalu lintas 1959.

“Selain itu juga, sebanyak lapan tindakan tunda telah dilaksanakan,” kata DBKL menerusi Facebook hari ini.

DBKL berkata, kesemua kenderaan yang ditunda dibawa ke Depoh Simpanan Kenderaan di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. – Edisi 9

Antara kenderaan yang dikenakan tindakan tunda oleh DBKL.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan