25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Pemuda UMNO beri kata dua kepada Anthony Loke

Mesti Baca

PEMUDA UMNO Malaysia memberi kata dua kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sama ada memelihara hubungan sesama parti dalam Kerajaan Perpaduan atau melindungi pemimpin seperti Datuk Ngeh Koo Ham.

Dengan tegas Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, jika DAP memilih untuk menjaga pemimpin seperti Koo Ham, maka UMNO sedia untuk melupakan hubungan antara Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, usaha Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas yang cuba ‘mengusik’ undang-undang syariah merupakan contoh pemimpin yang tidak mahu memahami sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Undang-undang syariah adalah terpakai untuk orang Islam sahaja, maka tidak perlu dan tidak ada keperluan atas cadangan yang sangat bodoh daI Ngeh Koo Ham ini.

Advertisements

“Ini adalah contoh antara pemimpin yang tidak mahu memahami sensitiviti orang Islam di negara ini. Maka pemimpin seperti inilah yang menjadi duri di dalam daging bagi Kerajaan Perpaduan,” katanya menerusi Facebook beliau malam tadi.

Akmal mengulas kenyataan Koo Ham yang mencadangkan agar kerajaan melantik pakar bukan Islam bagi membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undang Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam yang ditubuhkan awal bulan ini.

Koo Ham dipetik media sebagai berkata, langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Beliau juga mengingatkan Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira kepentingan semua golongan, maka sebarang perubahan yang memberi kesan kepada kaum dan agama mesti dibincangkan secara menyeluruh untuk mengelakkan konflik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan