27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Wanita jadi keldai sindiket pelaburan tak wujud ditahan

Mesti Baca

SEORANG wanita berusia 36 tahun ditahan selepas dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan pelaburan Crypto yang tidak wujud membabitkan kerugian RM459,972.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Balik Pulau, Pulau Pinang, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, wanita itu ditahan di Sungai Petani, Kedah oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibupejabat Polis Daerah Barat Daya, semalam.

Katanya, wanita itu ditahan bagi membantu siasatan kes bersangkut di Bayan Lepas.

“Suspek telah menjadi keldai akaun kepada satu sindiket penipuan pelaburan yang menipu mangsa sehingga mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

“Mangsa didapati membuat beberapa transaksi secara berperingkat ke dalam beberapa akaun bank yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM459,972,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, wanita itu direman untuk siasatan lanjut.

Advertisements

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki ditahan kerana turut disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan peluang perkerjaan sambilan melalui dalam talian yang tidak wujud.

Kamarul Rizal berkata, lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes membabitkan kerugian berjumlah RM28,800.

“Suspek ditahan di Kangar, Perlis pada Rabu kerana dipercayai terbabit dengan satu kes penipuan di Bayan Lepas.

“Mangsa telah terpedaya lalu membuat beberapa transaksi ke akaun berbeza untuk mendapatkan komisen,” katanya.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan kerana menipu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan