29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

MFWS2024 jemput usahawan Malaysia sertai mereka

Mesti Baca

DALAM usaha meluaskan rangkaian dan memperkenalkan acara mereka kepada jenama dan rakan kongsi di Malaysia, Modest Fashion and Womenpreneur Summit (MFWS) 2024 sekali lagi hadir ke ibu kota mengadakan perjumpaan baru-baru ini.

Dihadiri seramai 25 orang peserta, majlis ini berlangsung dengan meriah dan penuh dengan pelbagai perbincangan.

Mereka yang hadir terdiri daripada pelbagai jenama dan organisasi yang menyumbang kepada pelaksanaan MFWS 2024 antaranya Cotton Seri Shafa, SriCandy, Sacoor Pavilion, Qoda, Indonesian Fashion Association, Prominent Syntax, Alynz Dressy, Zayana Yazed Creations Academy & Atelier.

Tidak ketinggalan turut menyertai perjumpaan itu ialah Window Spa, Salome, Bujins L Batik, Mitt Hijrah Travel & Tours, Let Them Shine Group, Manjasuri Ent, Jeff Nickelson Advertising dan Wardah Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kreasi Mode International yang juga penganjur MFWS 2024, Ayu May Fakih berkata, perjumpaan ini adalah acara mini untuk MFWS 2024 menghimpunkan usahawan wanita bagi memperkenalkan acara mereka.

“Kami juga ingin mula membina hubungan antara satu sama lain, di antara kami selaku penganjur dan peserta.

“Di sini kami berkongsi tentang cabaran dan masalah lain. Kami juga ingin menekankan bahawa jika kami ingin maju bersama, kami boleh membina komuniti bersama-sama,” katanya. 

Perjumpaan itu menjadi lebih istimewa kerana dihadiri oleh dua bintang jemputan khas yang terbang bersama pasukan MFWS dari Indonesia iaitu Asma Nadia (penulis novel) dan Susan Emir (pemilik Rumah Sabine).

Selain aktif dalam bidang perniagaan masing-masing, kedua-dua wanita ini juga aktif dalam bidang pemerkasaan wanita dan modest fashion.

Advertisements

Selain Asma Nadia dan Susan Emir, melalui acara ini peserta atau bakal peserta yang akan mengambil bahagian dalam MFWS 2024 boleh berdialog terus dengan Ayu May Fakih.

Wanita kelahiran Indonesia ini menjelaskan visi dan misi MFWS 2024 serta manfaat yang dapat dirasai oleh jenama yang mengambil bahagian di dalam program ini.

“Walau apa pun keadaan, jika kita mempunyai komuniti, kita boleh berkongsi antara satu sama lain, berkongsi harapan, membina impian bersama dan potensi kerjasama pada masa hadapan. Harapan kawan-kawan boleh terus berani ke hadapan dan jangan malu sebagai orang baru,” kata Ayu.

Sebelum pertunjukan utama MFWS 2024 yang akan diadakan pada 8 hingga 10 Februari tahun depan, Kreasi Mode International akan mengadakan beberapa lagi perjumpaan mesra di pelbagai tempat.

Melalui siri aktiviti perhimpunan ini menjelang MFWS 2024, Ayu berharap lebih ramai usahawan wanita dapat mengambil bahagian dalam membina komuniti untuk memberikan sokongan antara satu sama lain di tengah-tengah persaingan industri yang sengit.

“Untuk usahawan wanita di mana sahaja anda berada, sama ada dalam sektor fesyen atau bukan fesyen, jom sertai kami bersama-sama di MFWS 2024.

“Mari kita berkenalan dan mengenali antara satu sama lain supaya kita boleh belajar dan berganding bahu untuk mencipta ekonomi yang lebih baik,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan