26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

PRK Kemaman: Akaun media sosial palsu calon BN dikesan

Mesti Baca

KEM Barisan Nasional (BN) bagi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dikejutkan dengan kemunculan akaun media sosial palsu calonnya, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Mohamed Nor.

Akaun palsu itu menggunakan nama “Raja Affandi” sedangkan akaun rasmi calon BN menggunakan nama Raja Mohamed Affandi.

Sehubungan itu Raja Mohamed Affandi percaya, akaun palsu itu sengaja dicipta oleh pihak lawan untuk mencetuskan provokasi dan memburukkan imej beliau.

“Pagi ini saya dikejutkan dengan akaun FB (Facebook) menggunakan nama dan gambar saya. Dalam peperangan pelbagai sudut, macam-macam cara musuh untuk menyerang.

Advertisements

“Dengan ini saya menafikan akaun ini adalah rasmi daripada saya. Sila ke Page Raja Mohamed Affandi untuk mengetahui perkembangan saya sepanjang tempoh berkempen ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu BN dan Pas.

BN mempertaruhkan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor manakala Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili Pas. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan