29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Komen Islamofobia: Bekas penasihat Obama ditahan

Mesti Baca

BEKAS pegawai tinggi kerajaan Amerika Syarikat (AS) ditahan polis baru-baru ini, selepas dirakam dalam video, menggelar penjual makanan halal sebagai “pengganas” dan mengatakan kematian 4,000 kanak-kanak Palestin di Gaza “tidak mencukupi”, lapor Al Jazeera.

Terdahulu, portal The National News melaporkan lelaki itu yang juga bekas penasihat kepada Barack Obama dirakam membuat komen berbaur Islamofobia terhadap seorang penjual makanan jalanan di bandar New York.

Stuart Seldowitz yang juga Timbalan Pengarah Pejabat Negara Israel dan Hal Ehwal Palestin Jabatan Negara AS dari 1999 hingga 2003, dirakam mencaci seorang penjual makanan halal di Manhattan.

Video kejadian itu dikongsi secara meluas di platform media sosial, termasuk X (Twitter).

Dalam satu video, Seldowitz selaku pemangku pengarah untuk Majlis Keselamatan Negara Direktorat Asia Selatan semasa Obama menjadi presiden, menuduh lelaki itu menyokong Hamas.

Dia juga memberitahu lelaki itu yang mana “jika membunuh 4,000 kanak-kanak Palestin ia masih tidak mencukupi”.

Dalam video lain, Seldowitz bertanya kepada penjual sama ada dia (penjual) orang Mesir, sebelum berkata. “dia mempunyai kawan di imigresen”.

Advertisements

Dia kemudian berkata, agensi perisikan Mesir, Muhabarat yang didakwa “rakannya”, mahu melihat gambar penjual itu.

Seldowitz bagaimanapun mengakui menyesali kenyataan dan tindakannya itu.

“Apabila difikirkan kembali, saya agak kecewa dan kesal mengeluarkan kenyataan itu,” katanya.

Menurutnya lagi, dia bukanlah seorang Islamofobia.

“Saya bekerja dengan orang Islam. Saya mempunyai ramai rakan yang beragama Islam dan Arab dan sebagainya, yang mengenali saya dengan baik dan tahu bahawa saya tidak berprasangka buruk terhadap mereka,” katanya.

Dalam pada itu, The National News melaporkan selepas tindakan Seldowitz menjadi tular, penduduk New York berhimpun untuk menyokong penjual itu, dan mereka berbaris untuk membeli ayam dan nasi daripada gerai makanan halal itu di kawasan kejiranan Upper East Side, Manhattan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri adakan lawatan negara pertama ke Singapura

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan m Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Singapura pada hari...

Lagi Artikel Berkaitan