32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Lukaku ledak empat gol bantu Belgium belasah Azerbaijan 5-0

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG AS Roma, Romelu Lukaku meledak empat gol dalam tempoh 20 minit ketika membantu Belgium membelasah Azerbaijan dalam aksi kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024, awal pagi tadi.

Dalam aksi di Stadium Raja Baudouin itu, Lukaku menanduk masuk hantaran silang Jeremy Doku pada minit ke-17 sebelum pelawat kehilangan seorang pemain susulan Eddy Pascual dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-24.

Kelebihan beraksi dengan seorang pemain digunakan sebaik mungkin skuad Red Devils itu apabila Lukaku meledak tiga lagi gol dalam tempoh 11 minit sebelum dikeluarkan pada rehat separuh masa.

Pemain sayap Arsenal, Leandro Trossard melengkapkan kemenangan bergaya Belgium apabila menyumbat gol kelima pada minit ke-90 sekali gus memastikan mereka kekal di tangga teratas Kumpulan F.

Advertisements

Empat gol yang dijaringkan Lukaku menyaksikan penyerang itu memecahkan rekod jaringan terbanyak kempen kelayakan Euro dengan 14 gol, lebih satu gol berbanding pemegang rekod, David Healy dan Robert Lewandowski.

Lukaku kini hanya dibezakan enam gol sebelum mampu memintas rekod dipegang lagenda bola sepak Malaysia, Mokhtar Dahari yang berada di tangga kelima dengan rekod 89 gol dalam 142 perlawanan.

Rekod penjaring terbanyak untuk skuad kebangsaan ketika ini dipegang penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dengan 128 gol secara keseluruhan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan