Tuesday, July 21, 2026

Hamilton, Mercedes dilarang kunjungi kasino di Vegas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LEWIS Hamilton dan semua kru pasukan Formula Satu (F1) Mercedes AMG-Petronas dilarang mengunjungi kasino menjelang Grand Prix (GP) Las Vegas, hujung minggu ini.

Arahan tersebut dikeluarkan bos Mercedes, Toto Wolff yang mahu pasukannya kekal fokus dalam baki dua lagi saingan GP bagi membantu Hamilton memintas Sergio Perez di tempat kedua keseluruhan.

Untuk rekod, pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen telah mengesahkan kejuaraan dunia lebih awal dan kini kedudukan tempat kedua menjadi rebutan antara Hamilton dan Perez.

“Saya tidak pernah berada di Las Vegas tetapi kami akan lakukan yang terbaik bagi memastikan semua ahli pasukan menjauhkan diri daripada kasino.

“Saya tidak berjudi dan akan pastikan tiada siapa daripada kami akan melakukannya,” kata Wolff kepada MotorSport.com.

Larangan mengunjungi kasino di vegas hadir selepas juara dunia tujuh kali itu memaklumkan dirinya telah berhenti daripada tabiat meminum arak bagi memberikan dirinya kelebihan ketika perlumbaan.

Hamilton, 38, mengakui tabiat mengambil alkohol telah memberikan kesan buruk ke atas dirinya dan kini mahu fokus memberikan yang terbaik dalam sukan permotoran.

“Sejak saya berhenti minum arak, saya rasakan lebih baik dan lebih jelas. Saya dapat tidur nyenyak, bangun seawal pukul 5 pagi lagi,” kata Hamilton. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan