PEMAIN tengah Newcastle United, Sandro Tonali bakal terlepas aksi selama 10 bulan kerana disyaki melakukan pertaruhan haram dalam bola sepak.
Difahamkan peguam pemain kebangsaan Itali itu sedang berbincang dengan pihak pendakwaan dan Persatuan Bolasepak Itali (FIGC) mengenai penggantungan tersebut.
Pengumuman penggantungan bekas pemain AC Milan itu dijangka akan dilakukan dalam masa terdekat dengan Tonali dijangka bakan turun beraksi menentang Borussia Dortmund untuk aksi Liga Juara Juara Eropah, awal pagi esok.
Badan bola sepak Eropah, UEFA tidak mahu Tonali terlibat dalam aksi tersebut namun tidak mampu berbuat apa-apa sebelum pengesahan penggantungan diumumkan dari Itali.
Sementara itu, Tonali dilapor dibenarkan menjalani latihan bersama Magpies sepanjang tempoh penggantungan sehingga Ogos tahun hadapan.
Ini bermakna, pemain tersebut akan terlepas aksi Euro 2024 di Jerman bersama skuad Azzurri dan beberapa perlawanan awal musim depan.
Newcastle sehingga kini enggan memberikan komen dan laporan dari Itali mmaklumkan klausa dalam kontrak Tonali menyaksikan pemain itu tidak akan dibayar sebarang gaji sepanjang tempoh penggantungan.
Bagaimanapun, kelab Inggeris itu kini mengintai sebarang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang ke atas Milan dan mahu menuntut ganti rugi susulan penggantungan Tonali. – Edisi 9

