25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Adiguru tarikan baharu pelancongan di Kelantan

Mesti Baca

KEWUJUDAN adiguru atau pengamal kesenian tradisional yang berpengalaman di Kelantan bakal menjadi tarikan baharu sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan di negeri berkenaan.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Wan Eikmal Khalil berkata, terdapat 18 adiguru di Kelantan terdiri daripada tukang pembuat blok batik, wayang kulit, kelingkam, seramik dan banyak lagi.

Menurutnya, pihak mereka ingin mengubah persepsi tentang pelancongan yang bukan hanya sekadar melawat air terjun dan sebagainya tetapi boleh dikembangkan melalui aktiviti jejak adiguru.

“Kesemua mereka mempunyai keistimewaan masing-masing yang boleh menarik minat pelancong untuk ke sini.

“Selain mahir dalam seni yang diceburi pada masa sama mereka boleh memberi tunjuk ajar kepada yang berminat,” katanya.

Advertisements

Wan Eikmal turut merasmikan Jejak Warisan Adiguru Tourism Wilayah Timur di Rumah Melayu Kelantan Tiang 12 yang turut dihadiri pemilik Rumah Melayu Kelantan Tiang 12, Johan Ariff Ismail.

Wan Eikmal berkata, Kelantan dipilih sebagai negeri pertama di Pantai Timur bersesuaian dengan sasaran kemasukan tujuh juta pelancong pada tahun ini.

Beliau turut berharap tarikan terhadap adiguru dapat membantu mencapai sasaran berkenaan.

“Sebagai negeri serambi Makkah, Kelantan bukan sahaja terkenal dengan pelancongan Islam tetapi sejarah, kesenian yang boleh menggamit memori serta menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan