27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Tanah runtuh: Kenderaan awam dilarang naik Bukit Jugra

Mesti Baca

PENGGUNA jalan raya tidak dibenarkan memandu kenderaan naik ke Bukit Jugra, Kuala Langat berkuat kuasa Isnin hingga akhir tahun ini berikutan tanah runtuh di kawasan lereng bukit.

Majlis Perbandaran Kuala Langat dalam satu kenyataan berkata, tempoh penutupan masuk bagi kenderaan awam adalah selama dua bulan.

“Berkuat kuasa 16 Oktober kerja pembaikian dan penyelenggaraan sedang dijalankan pihak Jabatan Kerja Raya, utamakan keselamatan,” menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di laman Facebooknya.

Advertisements

PBT itu turut mengingatkan pelawat yang melakukan aktiviti riadah di kawasan berkenaan sentiasa menjaga keselamatan dan mengelak menghampiri kawasan lereng bukit buat sementara waktu.

“Bagi aktiviti beriadah juga perlu diingatkan menjaga keselamatan dan jangan menghampiri kawasan lereng bukit buat sementara waktu,” katanya.

Bukit Jugra adalah antara lokasi terkenal dengan aktiviti pendaratan luncur udara atau paragliding yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara apabila ke Selangor. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan