26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Azizulhasni dedah hipokrip Barat berkaitan Palestin

Mesti Baca

RAJA lumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang mendedahkan bagaimana negara-negara Barat begitu hipokrip apabila berkaitan rakyat Palestin.

Beliau berkata, negara-negara terbabit sanggup melakukan pelbagai cara untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia tentang kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Ini gara-gara tindakan pelumba yang dikenali The Rocket Pocketman itu memaparkan mesej Save Gaza pada sarung tangan yang dipakai dalam satu kejohanan besar di Eropah pada 2014 lalu.

Akibat perbuatannya itu, beliau hampir ditendang keluar daripada perkampungan sukan dan penyertaannya hampir dibatalkan.

“Alasan yang diberikan untuk membatalkan penyertaan saya adalah kerana saya menyampaikan mesej politik di pentas sukan.

Advertisements

“Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza,” katanya yang ketika itu Gaza teruk diserang tentera Israel yang turut membunuh wanita, kanak-kanak dan bayi.

Azizulhasni berkata, keadaan berbeza apabila membabitkan pihak mereka sepertimana peperangan antara dua negara sebelum ini apabila mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka atas nama ‘kebebasan bersuara’ dan ‘sokongn kemanusiaan’.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar terus memberi sokongan kepada rakyat Palestin melalui pelbagai cara dan ruang untuk membantu mereka.

“Bantulah mereka mengikut kemampuan diri kita tetapi yang paling penting adalah sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu.

“Jangan pernah ragu dengan segala ketetapan Allah kerana janji Allah itu adalah pasti,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan