Thursday, June 4, 2026

MyAirline diarah pulangkan semula wang penumpang – Mavcom

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengarahkan MyAirline Sdn. Bhd. supaya memulangkan semula wang penumpang yang terjejas akibat penggantungan operasi syarikat penerbangan tambang murah itu.

Mavcom menerusi kenyataan berkata, MyAirline juga diminta menyampaikan maklumat kepada penumpang yang terjejas menerusi notifikasi di pelbagai saluran komunikasi syarikat itu.

“Suruhanjaya berpendirian teguh bahawa MyAirline adalah bertanggungjawab mengembalikan semula wang pelanggan yang telah membeli tiket namun tidak dapat terbang ke destinasi mereka.

“MyAirline turut diarahkan oleh suruhanjaya supaya memberhentikan penjualan dan tempahan tiket penerbangan dalam semua platform tempahan sehingga diberitahu kelak,” katanya hari ini.

MyAirline hari ini mengumumkan penggantungan sementara operasi susulan tekanan kewangan yang dihadapi syarikat tersebut. 

Ahli Lembaga Pengarah MyAirline menerusi kenyataan berkata, penggantungan operasi itu terpaksa dilakukan bagi penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat.

Mavcom dalam pada itu memaklumkan, pihaknya sedang menyiasat dakwaan kegagalan MyAirline membayar gaji pekerja.

“Suruhanjaya kini sedang menyiasat ulasan dalaman dan aduan yang diterima berhubung syarikat penerbangan gagal pembayaran berkanun gaji pekerja mereka.

“Mavcom akan memberikan perkembangan terkini berhubung pengoperasian MyAirline dalam masa terdekat,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan