27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Insiden Siam Paragon: Tiada rakyat Malaysia terlibat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tembakan rambang di Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand semalam.

Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan berkata, menurut laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan pistol telah melepaskan tembakan rambang yang telah meragut dua nyawa dan mencederakan lima orang yang lain.

“Penembak rambang tersebut juga dilaporkan telah ditahan oleh pihak berkuasa di tempat kejadian.

“Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

Advertisements

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di butiran seperti di bawah:

Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok
Kronos Sathorn Tower
Level 17, 46 North Sathorn Road, Silom, Bang Rak
Bangkok 10500
Tel: +66-2340-5720
+66-2340-5731 / 5732 (hal-hal konsular)
+66-87-028-4659 (untuk kecemasan)
Faks: +66-2340-5721
Emel: [email protected]

“Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,”menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan