30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Jualan Ehsan Rahmah di tiga lokasi hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai yang ingin mendapatkan barangan asas pada harga murah, bolehlah berkunjung ke Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang akan berlangsung di tiga lokasi hari ini bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengahari.

Program berkenaan akan diadakan di Padang Awam Batu Caves bagi Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, Gerai MBSA MPKK Jalan Mat Raji, Padang Jawa, Seksyen 17 (Batu Tiga) dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Banting (Banting).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Kerajaan negeri Selangor membelanjakan subsidi sebanyak RM40 juta bagi melaksanakan jualan murah kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat.

Advertisements

Sebelum ini, media melaporkan Program JER yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diperluas ke 12 lokasi sehari bermula 1 Ogos 2023, berbanding sembilan lokasi sebelum ini.

Inisiatif JER dimulakan pada September tahun lepas dengan dilaksanakan di sembilan daerah hampir setiap hari dan menawarkan enam barangan keperluan asas pada harga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Lokasi terkini JER di seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau imbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan