27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

UTP kekal universiti swasta nombor satu di Malaysia

Mesti Baca

UNIVERSITI Teknologi PETRONAS (UTP) sekali lagi mencipta kejayaan di pentas global dengan mencapai tahap baharu dalam Ranking Universiti Dunia Times Higher Education (THE) 2024, iaitu melonjak kepada kelompok 301-350 berbanding kedudukan 401-500 sebelum ini.

Menerusi kejayaan itu, UTP mencapai kemajuan yang memberangsangkan dan mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu universiti swasta di Malaysia, selain menduduki tempat kedua dalam keseluruhan universiti di negara ini.

Naib Canselor UTP, Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata, pihaknya melahirkan rasa bangga dengan peningkatan ketara universiti itu dalam ranking berkenaan.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PETRONAS, rakan akademik dan industri universiti itu serta kakitangan dan pelajar atas sokongan, dedikasi serta komitmen yang tidak berbelah bagi.

“Pencapaian itu bukti kepada dedikasi kami yang tidak berbelah bagi demi kecemerlangan akademik, perintis penyelidikan dan meningkatkan pengalaman pelajar secara keseluruhan.

Advertisements

“Usaha ini adalah sebahagian daripada perjalanan berterusan kami untuk menjadikan UTP sebagai sebuah institusi terkemuka dan mampan di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Ibrahim berkata, pihak universiti menyokong secara aktif visi PETRONAS untuk masa depan mampan selari dengan inisiatif peralihan tenaganya.

“UTP terbabit secara aktif dalam usaha mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) menjelang 2050.

“Melalui inisiatif penyelidikan dan program akademi, kami menyasarkan untuk membangunkan penyelesaian yang mampan dan memupuk pemimpin yang mengutamakan alam sekitar bagi menyumbang kepada dunia yang lebih hijau dan lestari,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan