30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 24, 2024

Morata sumbat dua gol bantu Atletico tundukkan Real Madrid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENYERANG antarabangsa Sepanyol, Alvaro Morata menyumbat dua gol ketika membantu Atletico Madrid menewaskan musuh setempat, Real Madrid 3-1 di Stadium Wanda Metropolitano, awal pagi tadi.

Satu lagi gol Los Colchoneros dijaringkan Antoine Griezmann sementara gol tunggal Real Madrid disumbangkan Toni Kross.

Kemenangan tersebut terhasil ketika tumpuan lebih banyak diberikan kepada bintang muda Real Madrid, Jude Bellingham yang diletakkan sebagai penyerang kedua oleh Carlo Ancelotti.

Taktikal tersebut nyata memakan diri apabila skuad Los Blancos ketinggalan seawal minit keempat apabila Morata yang tidak dikawal mudah menanduk masuk hantaran Samuel Lino untuk meletakkan tuan rumah di depan.

Advertisements

Atletico memperoleh gol kedua pada minit ke-18 menerusi Griezmann yang menanduk masuk hantaran silang Saul dari sebelah sayap kiri.

Real yang sebelum ini merekodkan kemenangan 100 peratus dalam empat perlawanan awal merapatkan jurang pada minit ke-35 menerusi rembatan separuh voli Kroos dari luar kawasan penalti.

Morata kembali melebarkan jaringan buat Atletico apabila menanduk masuk bola hantaran silang Saul sebaik babak kedua bersambung, gerakan yang sama seperti gol kedua jaringan Griezmann.

Tiada tambahan jaringan selepas itu sekali gus menyaksikan anak buah Ancelotti tewas kali pertama dalam aksi liga musim ini, sekali gua turun ke tangga ketiga La Liga sementara Atletico naik ke tangga kelima. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

ADUN Sungai Bakap daripada Pas, Nor Zamri meninggal dunia

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap dalam Parlimen Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari...

Lagi Artikel Berkaitan