28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

SPR bincang tarikh PRK DUN Jepak Isnin ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas berhubung kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.67 Jepak, Sarawak pada Isnin depan.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya telah menerima
pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi DUN Jepak.

Katanya, ia selaras dengan Artikel 21 (5) Perlembagaan Negeri Sarawak
yang memperuntukkan kekosongan luar jangka kerusi DUN Jepak perlu disi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak, Sarawak pada 25 September (Isnin).

“Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, di mana tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Ikmalrudin berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas tersebut.

ADUN Jepak, Datuk Talib Zulpilip meninggal dunia pada Jumaat lalu di Pusat Perubatan Normah, di Kuching, pada pukul 5.50 petang.

Menurut Setiausaha Sulit beliau, Ayu Sulaiman, bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti dan Ombudsman) itu meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

Allahyarham menjadi ADUN Jepak selama enam penggal dan pada Pilihan Raya Negeri 2021, beliau memenangi kerusi DUN Jepak dengan majoriti 4,243 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan tindakan industri penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan