30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Penumpang Bangkok Airways perlu timbang berat badan

Mesti Baca

SYARIKAT penerbangan Bangkok Airways dilaporkan meminta penumpang untuk menimbang berat mereka sebelum menaiki pesawat, berkuat kuasa sehingga 31 Oktober.

Syarikat penerbangan itu turut memaklumkan segala data yang diperoleh, termasuk berat timbangan akan dirahsiakan.

Bangkok Airways dalam satu kenyataan, berkata timbangan berat penumpang adalah selaras dengan ukuran standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan tujuannya adalah untuk membantu dalam pengiraan berat untuk berlepas bagi memastikan keselamatan penerbangan.

Syarikat penerbangan itu berkata, timbangan berat akan dilakukan di pintu berlepas sebelum menaiki pesawat dan pihaknya meminta kerjasama daripada semua penumpang.

Advertisements

Sebelum ini, langkah sama sudah digunakan untuk penumpang pesawat dalam penerbangan Korean Air dan Air New Zealand.

Bangkok Airways mengendalikan perkhidmatan berjadual ke destinasi di Thailand, Kemboja, Hong Kong, Laos, Maldives, Myanmar, Singapura dan Vietnam.

Ia berpangkalan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok. -Agensi

Advertisements

Terkini

Presiden Iran dikhuatiri maut, helikopter dinaiki terhempas

PRESIDEN Iran, Ebrahim Raisi dikhuatiri terkorbN dalam nahas helikopter yang berlaku di barat laut negara itu. Memetik laporan Reuters, helikopter...

Lagi Artikel Berkaitan