27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Sambutan Hari Malaysia, Menara KL kibar Jalur Gemilang Gergasi

Mesti Baca

SEMPENA dengan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini, Menara Kuala Lumpur telah mengibarkan Jalur Gemilang Gergasi berukuran 57 kaki (lebar) dan 114 kaki (panjang) pada antena Menara Kuala Lumpur yang berketinggian 383-meter dari aras tanah.

Menara KL berkata, Jalur Gemilang Gergasi itu dibekalkan oleh Syarikat Star Light Flag Trading Sdn Bhd dan proses pemasangan telah mengambil masa sehari, pada Rabu lalu oleh Syarikat Rendang Engineering Sdn Bhd.

Advertisements

“Projek Kibaran Jalur Gemilang Gergasi ini adalah salah satu inisiatif Menara Kuala Lumpur bagi menyokong usaha kerajaan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dikalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Menara Kuala Lumpur juga sedang mengadakan kempen untuk memilih 10 foto terbaik dengan kapsyen kreatif bersama #kltowergiantflag #benderagergasimenarakl dan setiap pemenang yang terpilih akan memenangi 1 tiket masuk ke Sky Deck, Menara Kuala Lumpur. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan