29.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Penjualan Menara KL: Annuar saman individu memfitnahnya

Kenyataan individu berkenaan menerusi beberapa hantaran di media sosial telah menjejaskan imej dan reputasi beberapa pihak termasuk diri beliau.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengaitkan beliau dengan penjualan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) seperti heboh diperkatakan sebelum ini.

Beliau yang kini Pengerusi Pertubuhan Muafakat Nasional berkata, buat masa kini tiga individu iaitu Adrian Lim Chee En, K. Pragalath Kumar dan Mohd. Razlan Rafii akan berdepan tindakan tersebut.

“Kenyataan individu berkenaan menerusi beberapa hantaran menerusi media sosial mereka sudah menjejaskan imej dan reputasi serta memberi kesan mendalam kepada beberapa pihak termasuk saya sendiri,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, perkara itu dirujuk serta diteliti secara mendalam bersama peguamnya dan telah mengarahkan peguam mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga individu berkenaan.

Annuar berkata, beliau sedar terdapat beberapa hantaran yang tidak menggunakan indentiti sebenar dan mereka sedang dikenal pasti untuk diambil tindakan serupa.

“Saya serahkan kepada pasukan peguam untuk memulakan tindakan yang sesuai dan bertepatan dengan undang-undang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, sejak tercetus polimik berhubung Menara KL yang kononnya dijual senyap-senyap oleh anak syarikat Telekom Malaysia (TM), Menara KL Sdn Bhd (MKLSB), sudah tersiar pelbagai kenyataan yang mengelirukan.

“Setiap perkara berbangkit, terutama yang membabitkan kepentingan rakyat dan negara perlulah disiasat dengan teliti oleh pihak berwajib.

“Semua pihak perlu memberikan kerjasama serta tidak mengganggu penyiasatan dengan menyebarkan fitnah dan berita palsu,” katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor telah memanggil tiga orang saksi bagi membantu siasatan isu pemindahan hak milik pengurusan Menara KL. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan