Sunday, June 14, 2026

Kalau tak boleh bantu, jangan susahkan rakyat – Dr. Akmal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengingatkan mana-mana pemimpin atau ahli politik supaya berhenti daripada melakukan perkara yang menyusahkan rakyat.

Muhammad Akmal merujuk kepada laporan berita mengenai penganjuran himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia oleh Perikatan Nasional (PN) dan perhimpunan gerakan baju merah diketuai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, perhimpunan atau demonstrasi tidak akan memberi apa-apa faedah kepada orang ramai malah akan menyusahkan mereka.

“Sorang baju putih,sorang lagi baju merah. Faedah untuk rakyat?

“Kalau tidak boleh hendak bantu rakyat, tolong jangan menyusahkan rakyat. Itu sahaja,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari pada Ahad lalu memaklumkan mereka akan menganjurkan himpunan simbolik bermulanya kempen Gerakan Selamatkan Malaysia pada Hari Malaysia yang akan disambut Sabtu ini.

Katanya, himpunan tersebut sebagai bantahan terhadap isu tindakan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Sementara itu pula, Jamal menyeru Gerakan Baju Merah untuk turut turun berdemonstrasi bagi menyelamatkan negara daripada PN.

“Jom Baju Merah turun juga selamatkan negara daripada puak PN,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan