26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Gempa bumi Maghribi: Malaysia sedia hantar bantuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA sedia membantu Maghribi dalam usaha menyelamat dan pemulihan susulan gempa bumi yang melanda negara itu pada Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman Twitter rasminya berkata, beliau terkejut dan sedih dengan tragedi menimpa negara tersebut.

Menurutnya, Malaysia turut bersimpati kepada mangsa dan ahli keluarga mereka yang terjejas akibat gempa bumi itu.

“Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada mereka,” katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut bersyukur rakyat Malaysia di sana dalam keadaan selamat.

“Alhamdulillah rakyat Malaysia di Maghribi dalam keadaan selamat dan kerajaan akan terus memantau situasi mereka,”ujarnya.

Gempa bumi terburuk melanda Maghribi telah mengorbankan lebih 2,000 mangsa, kata pihak berkuasa.

Gempa bumi dengan magnitud 6.8 pada lewat Jumaat itu melanda kawasan pergunungan yang jaraknya 72 kilometer di barat daya bandar pelancongan Marrakesh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan