27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pelajar perempuan didakwa bunuh Nur Surya

Mesti Baca

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Enam dihadapkan ke Mahkamah Majistret MarangĀ  dekat sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya sendiri.

Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19 tahun, berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Siti Nur Surya Ismail, 19 tahun.

Perbuatan itu dilakukan pada 1 November lalu di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong antara pukul 8.30 pagi dan 9.30 pagi.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Memetik Astro Awani, tiada sebarang pengakuan tertuduh direkodkan.

Mahkamah menetapkan 10 Januari 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.
Bagaimanapun, tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

Advertisements

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zain.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bertudung hitam tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9.40 pagi.

Beberapa ahli keluarga tertuduh, termasuk ayah dan ibunya, turut berada di perkarangan mahkamah berkenaan.

Pada 1 November lalu, Siti Nur Surya ditemui mati dipercayai dibunuh, dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.

Mangsa dibunuh kejam dengan kesan tikaman dipercayai akibat senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Berikutan kejadian itu, polis menahan seorang remaja perempuan pada keesokan harinya selepas dia tampil ke balai dengan ditemani ibunya kononnya untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, hasil keterangan diberinya didapati mencurigakan lalu dia ditangkap untuk siasatan lanjut.

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan