Sunday, June 14, 2026

PM ucap tahniah kepada Srettha atas lantikan PM baharu Thailand

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada taikun hartanah Srettha Thavisin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.

Anwar berkata, beliau turut mengundang Srettha ke negara ini dalam masa terdekat bagi memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Thailand di pelbagai bidang.

“Semoga hubungan Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh demi manfaat bersama,”katanya dalam hantaran di laman Facebook beliau.

Dalam hantaran tersebut, Anwar turut memuat naik video memaparkan perbualan beliau dengan Srettha.

Menerusi video itu, Srettha turut menzahirkan harapan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand serta berharap untuk bertemu dengan Anwar dalam masa terdekat.

Semalam, Srettha, 60, dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu sekali gus menyaksikan buat julung kalinya, jawatan itu disandang oleh rakyat biasa dalam tempoh lebih sembilan tahun.

Pemilihan itu juga menamatkan kemelut politik yang mencengkam Thailand sejak tiga bulan lepas dan membuka laluan kepada pembentukan kerajaan campuran baharu. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan