26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Suhaizan calon PH di Pulai, Nazri di Simpang Jeram

Mesti Baca

NAIB Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat, diumum sebagai calon parti itu mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang diadakan 9 September ini.

Selain itu, Timbalan Ketua AMANAH Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman, turut diumum sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia diputuskan Jawatankuasa Pemilihan Calon Bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 17 Ogos lalu.

Advertisements

“Calon ini akan diperkenalkan di Majlis Memperingati Datuk Seri Salahuddin Ayob pada 23 Ogos ini di DUN Simpang Jeram, Johor,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi selepas kematian Salahuddin pada 23 Julai lalu.

Terdahulu, Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam akibat pendarahan di otak.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PUO, Samsung tubuh pusat pendidikan, kelas hibrid

POLITEKNIK Ungku Omar (PUO) menjalinkan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi menubuhkan pusat pendidikan dan kelas hibrid Samsung bagi...

Lagi Artikel Berkaitan