SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menafikan serta menegaskan kenyataan tular di media sosial berhubung parti itu menolak Prof Haim Hilman Abdullah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu adalah palsu.
“Kenyataan media bertajuk ‘PAS Menolak Prof Haim Sebagai Menteri Besar Kedah Baharu’ bertarikh 11 Ogos yang tular sejak semalam adalah palsu.
“Ia tiada kaitan langsung dengan PAS atau Datuk Seri Takiyuddin Haji Hassan,”katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu, tular kenyataan media kononnya daripada Takiyuddin berhubung PAS menolak calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra, Haim Hilman sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
Kenyataan itu juga menyebut PAS Kedah yakin PN akan memenangi kerusi dengan majoriti dua pertiga undi. – Edisi 9

