Wednesday, July 22, 2026

Aminuddin selesai mengundi di SMK Dato’ Haji Mohd. Redza

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun selesai mengundi di Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Mohd. Redza, Sikamat pada pukul 8.50 pagi tadi.

Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat tiba kira-kira pukul 8.30 pagi.

Aminuddin kemudiannya beratur dan menunggu giliran di saluran dua.

Selesai mengundi beliau mengambil peluang beramah mesra dengan orang ramai dan pengundi lain.

Terdahulu beliau mengiring isterinya, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof mengundi di Pusat Mengundi SMK Dato’ Sheikh Ahmad pada pukul 8 pagi.

Selepas selesai mengundi, Aminuddin akan membuat lawatan di beberapa buah pusat mengundi di Sikamat.

Aminuddin berdepan saingan empat penjuru bagi kerusi DUN Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan