28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Mimi, Syafiq batal nikah

Mesti Baca

TINGGAL beberapa hari sahaja menjelang hari pernikahan, pasangan pelakon, Mimi Lana dan Syafiq Kyle membatalkan majlis mereka di saat akhir.

Berita itu dimaklumkan oleh pengurus Mimi, Iman Tang menerusi mesej yang dihantar kepada tetamu majlis.

“Saya dan pihak pengurusan ingin mengumumkan bahawa majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 di Puncak Rimba, Bentong, Pahang telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Mohon maaf atas segala kesulitan,” katanya.

Majlis akad nikah mereka sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di lokasi yang sama.

Berita pembatalan pernikahan pasangan itu mengejutkan industri seni tempatan apatah lagi Mimi baru sahaja meraikan majlis ‘bachelorette’ baru-baru ini.

Advertisements

Tiada sebarang respon daripada Syafiq menerusi sosial medianya atau pun kepada media.

Namun begitu, Mimi ada memuat naik puisi berbahasa Inggeris tentang penghargaan terhadap wanita di Instagram miliknya.

Tanpa sebarang kapsyen dan hanya meletakkan tanda noktah, Mimi juga menutup ruangan komen pada hantaran itu.

Untuk rekod, pada 21 Januari lalu, Mimi memuat naik gambar yang dipercayai majlis pertunangannya dengan Syafiq.

Terdahulu, hubungan antara dua personaliti popular itu pernah terlerai pada Mei 2020 selepas lima tahun bercinta namun kembali bertaut selepas itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan