26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Kelantan cuti Ahad, Kedah turut cuti jika PN bentuk kerajaan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Negeri Kedah mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menerusi Facebook malam tadi.

“Makluman kepada seluruh rakyat Negeri Kedah Darul Aman yang dikasihi.

“Kerajaan negeri akan mengumumkan cuti peristiwa pada hari Ahad jika PN berjaya membentuk kerajaan pada 12 Ogos (hari ini),” katanya.

Advertisements

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat seramai 1,585,085 daftar pemilih bagi PRN Kedah dengan sejumlah 104,284 pengundi berumur antara 18 hingga 20 tahun.

Sementara itu, Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju untuk mengisytiharkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa bagi negeri tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pengisytiharan itu adalah untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan serta petugas SPR. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan