33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Tak guna satu sen pun peruntukan MARRIS  – Sanusi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor menafikan dakwaan kerajaan negeri itu menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk pembangunan negeri.

Muhammad Sanusi berkata, tuduhan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail amat berat kepada kerajaan negeri dan dirinya selaku Menteri Besar. 

Katanya, beliau telah menyemak dengan pengurusan MARRIS dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dan Laporan Ketua Audit Negara dengan Pegawai Kewangan Negeri.

“Disahkan tiada satu sen pun peruntukan MARRIS digunakan untuk tujuan lain sejak saya menjadi Menteri Besar. 

“Hanya terdapat beberapa peratus kekurangan dalam perbelanjaan kerana projek tidak dapat disiapkan, tetapi peruntukannya tidak digunakan untuk projek lain,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, Saifuddin mendakwa pimpinan Kerajaan Negeri Kedah lemah dalam pengurusan kewangan kerana menggunakan sebahagian peruntukan MARRIS bagi pembangunan negeri.

Advertisements

Saifuddin berkata, sepatutnya mengikut Perlembagaan, sebanyak RM1.6 bilion diperuntukkan menerusi MARRIS bagi Kedah hanya boleh digunakan bagi aktiviti menyelenggara jalan raya negeri tersebut.

Beliau berkata, Kedah adalah satu-satunya negeri yang telah berusaha memperbetulkan sistem pengurusan kewangan dalam peruntukan MARRIS dengan mewujudkan Tabung Amanah MARRIS dan diselaraskan dengan Akaun Kumpulan Wang Pembangunan Negeri. 

“Permohonan kelulusan langkah ini kepada Kementerian Kewangan telah dibaca dan dipetik secara salah oleh Saifuddin. 

“Jumlah sebenar peruntukan MARRIS yang berbaki atas kertas adalah RM1bilion, bukannya RM1.6 bilion. Jumlah ini adalah baki komulatif sejak merdeka lagi, bukan sewaktu saya menjadi Menteri Besar,” katanya.

Susulan itu, Muhammad Sanusi berkata, satu laporan polis akan dibuat segera bagi menghentikan fitnah yang jahat berhubung perkara tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan