27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Kerajaan Perpaduan bukan mahu cari publisiti di Kedah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan bukan mahu mencari publisiti serta asyik mengejar populariti tanpa sebarang idea, visi dan jelas untuk memajukan Kedah

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan fokus Karajaan Perpaduan jelas, membawa kelebihan kepada rakyat Kedah. 

Sebagai bukti katanya, semalam Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan akan membawa masuk pelaburan besar melalui Infineon Technologies AG (Infineon) di Kulim. 

“Sebab itu keluar kata Selangor maju sebab ada Kuala Lumpur. Sebab itu juga dikata Pulau Pinang sebahagian kepada Kedah. 

Advertisements

“Sebab apa? Sebab semua ini untuk menutup kelemahan kerana gagal mentadbir dan membawa pelaburan ke negeri ini. 

“Jadi orang Kedah, jom pakat #KalihBagiSama,” katanya.

Malam tadi, Presiden UMNO itu hadir pada ceramah sempena Jelajah Madani di Kupang, Baling. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan