25.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Brighton tolak bidaan Chelsea untuk Caicedo

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CHELSEA diminta meningkatkan lagi bidaan bagi mendapatkan Moises Caicedo selepas tawaran bernilai RM483.7 ditolak Brighton.

Tawaran terbaharu yang juga keempat Chelsea itu merangkumi RM453 juta dan tambahan RM30 juta ditolak kerana kerana The Seagull meletakkan nilai minimum RM604.6 juta.

Brighton sebelum ini memberi jaminan bahawa Caicedo yang masih berbaki empat tahun kontrak boleh meninggalkan kelab jika mereka mendapat tawaran tinggi seperti yang dibayar Arsenal ketika mendapatkan Declan Rice dari West Ham.

Perpindahan Rice ke Arsenal merupakan rekod perpindahan kedua termahal Inggeris apabila The Gunners membayar RM634.8 untuk mendapatkan Rice.

Caicedo dilapor mahu berhijrah ke Stamford Bridge dan hampir mencapai persetujuan dari segi tawaran kontrak bersama Chelsea.

Advertisements

Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi minggu lalu berharap pemain berusia 21 tahun akan membarisi Brighton pada permulaa musim ini.

Bagaimanapun, pengurus berbangsa Itali itu bersedia mencari pengganti sekiranya pemain antarabangsa Ecuador tersebut berhijrah ke kelab lain.

‘Kami perlu tungggu dan lihat apa yang akan berlaku kepada Caicedo. Kemudian kami tahu apa yang perlu dilakukan.

“Saya belum bercakap dengannya tetapi ya saya akaui saya mahu di kekal di sini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan