25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Negeri Sembilan masih kubu kuat PH – Anwar

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis bahawa Negeri Sembilan masih lagi kekal sebagai kubu kuat parti itu yang perlu dipertahankan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Perdana Menteri berkata, mereka perlu memastikan kerjasama erat antara parti dikekalkan serta mengelak daripada usaha pihak yang cuba memecah-belahkan mereka.

“Ada mantan menteri yang melalak sana-sini tapi tiada sambutan, Port Dickson kubu kita, jaga baik-baik jangan ada usaha memecah-belahkan kita.

“Saya harap di Negeri Sembilan dengan kerjasama rapat antara parti, kita mesti pertahankan kekuatan Negeri Sembilan ini sebagai kekuatan yang penting, asas kepada Kerajaan Perpaduan, kerja kita selamatkan negeri dan negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di Port Dickson malam tadi.

Advertisements

Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sementara itu, Anthony Loke berkata, parti itu akan terus mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ujar beliau, rakyat tidak perlu bimbang atau termakan hasutan pihak tertentu kononnya segala keistimewaan orang Melayu termasuk bahasa kebangsaan, pendidikan dan sebagai akan dihapuskan. 

“Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ada dalam Kabinet, kerana kita tahu negara kita aman dan damai dan mesti memberikan kerjasama… kalau soal Bahasa Melayu, saya tidak teruk, SPM A1, saya bangga walaupun saya anak Cina,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan