Wednesday, July 22, 2026

UMNO milik semua, anak muda dipelawa berkarya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO membuka platform kepada anak-anak muda untuk berkarya di dalam parti sayap tersebut.

Pelawaan itu, kata ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh kerana UMNO ini adalah milik semua.

“Jadi sebab itu kita buka platform untuk anak-anak muda ini berkarya di dalam pemuda UMNO.

“Alhamdulilah bila kita buka penyertaan sukarelawan pemuda untuk Pilihanraya Negeri (PRN) ini, kita menerima hampir 300 penyertaan dari pelbagai latar belakang dan rata-rata dari mereka adalah tidak berparti,”katanya menerusi hantaran di Facebook.

Katanya, Insyallah segala ilmu dan pengalaman yang mereka dapat sepanjang PRN akan menjadikan mereka individu yang jauh lebih baik.

“Terima kasih korang sudi menyumbang idea dan tenaga. Kita jumpa lagi masa kempen ya,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan