Sunday, June 14, 2026

45 tempat pembiakan nyamuk aedes ditemui di PPR Jelatek

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 17 notis kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) susulan penemuan 45 tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam rumah dan kawasan sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jelatek.

Pemeriksaan itu dilakukan oleh DBKL melalui Pejabat Kesihatan Parlimen Titiwangsa dengan kerjasama beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia, SWCorp dan Alam Flora.

Manakala persatuan penduduk melakukan gotong-royong berikutan 18 kes demam denggi dilaporkan di kawasan berkenaan antara 22.05.2023 (61 hari) sehingga 22.07.2023 dan dijangka tamat pada 27.07.2023.

DBKL menerusi kenyataan berkata, beberapa aktiviti lain turut dijalankan sebagai pengisian kepada aktiviti gotong royong ini.

“Antaranya aktiviti kawalan nyamuk dan kutipan barang terpakai seperti perabot, botol, plastik, minyak masak dan barang elektrik.

“Pameran denggi turut diadakan bagi memberi kesedaran kepada penduduk setempat,” menurut DBKL. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan