29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Salahuddin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub yang telah kembali ke Rahmatullah semalam.

Turut sama menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istana Negara menerusi catatan di Facebook berkata, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarganya sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.

Advertisements

“Baginda berdua menghargai jasa, khidmat dan bakti Allahyarham kepada negara serta menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada masyarakat dan negara,” katanya hari ini.

Allahyarham dilahirkan pada 1 Disember 1961 dan pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari 2018 hingga 2020.

Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Pulai dari 2018 telah dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian dari 1981 hingga 1983. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan